Info Friday, March 12, 2010  
banner-new_01.gif banner-new_02.gif banner-new_03.gif banner-new_04.gif banner-new_05.gif banner-new_06.gif banner-new_07.gif
banner-new_08.gif
 Login  |  Register

Sekapur Sirih

Selamat datang saya ucapkan buat semua ke laman web rasmi TerengganuFM.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pendengar setia TerengganuFM di atas sokongan yang diberikan kepada kami selama ini.

Mulai awal tahun ini, TerengganuFM telah membuat perubahan dengan pelbagai rancangan terbaru dan menarik selaras dengan siaran 24 jam yang mengandungi info dan hiburan.

Kita juga telah memperkenalkan sistem interaktif SMS yang membolehkan para pendengar berinteraksi terus dengan juruhebah yang bertugas. Ini juga termasuklah pengenalan laman web edisi istimewa dan terbaru ini.

TerengganuFM juga telah memperkenalkan siaran secara langsung yang boleh didengar di seluruh dunia menerusi internet. Di antara pendengar setia diluar negara adalah dari Jepun, Brunei, Arab Saudi, dan juga dari negara lain. Ini menunjukkan bahawa siaran Radio tempatan masih mendapat sambutan dari pelbagai pihak.

Bukan itu sahaja, ruangan borak atau chatroom juga disediakan bagi membolehkan para pendengar yang mempunyai talian internet berborak bersama pendengar lain dan juga juruhebah yang sedang bertugas.

Akhir sekali, saya berharap para pendengar setia mengikuti siaran TerengganuFM. Kepada semua saya mengucapkan terima kasih.

Ikhlas daripada..

Hj Che Harun Che Hasan
Pengarah Penyiaran Kawasan Timur